5 Aspek Penting Pemilihan Busana Pengantin Muslimah Yang Wajib Anda TAHU
Busana pengantin muslimah?
Apa yang kita faham mengenai busana pengantin muslimah? Mungkin tidak perlu kelihatan terlalu menonjol, mempunyai aura tersendiri tidak kira jika mengenakan busana perkahwinan yang mengikut trend semasa atau mahu mengekalkan ciri-ciri islamiah.
5 kriteria yang perlu dititikberat untuk memastikan busana yang akan digayakan nanti menepati makna muslimah itu sendiri.
Menutup aurat – Semestinya pastikan busana itu menutup aurat. Contohnya berlengan panjang dan tidak pendek potongannya terutama di bahagian punggung. Potongan jenis jubah atau baju kurung biasa adalah sangat menepati bagi anda yang mahu tampil anggun di hari bahagia nanti.
Tidak jarang – Jarang dalam konteks pemilihan busana ialah kain yang boleh menampakkan susuk tubuh si pemakainya. Sebaik-baiknya busana yang akan dikenakan itu mempunyai lapisan lain di dalam (inner) untuk memastikan ia tampak lebih sopan sekali gus menarik.
Tidak terlalu ketat – Dalam pemilihan fabrik juga memerlukan ketelitian, seperti fabrik yang tidak mudah melekat ke tubuh apabila digayakan. Contoh fabrik seperti satin adalah tidak digalakkan jika anda mahu gayakan kerana sifatnya yang mudah melekat dan mengikut bentuk badan.
Warna – Ketika memilih untuk menggunakan warna apa sebagai warna tema busana pengantin anda, diingatkan untuk memilih warna yang tidak terlalu menonjol dan terang kerana dikhuatiri warnanya akan menarik perhatian tetamu yang hadir dan itu tidak digalakkan. Seelok-eloknya pilihlah warna yang lembut dan sedap mata memandang.
Hiasan – Hiasan seperti manik, ropol-ropolan yang terlalu sarat sangat tidak sesuai mengikut makna busana muslimah itu sendiri. Hiasan yang ringan dan tidak terlalu sarat tetapi bakal menimbulkan impak eksklusif adalah lebih baik untuk digayakan. Elakkan memilih busana pengantin yang terlalu panjang berjela-jela kainnya kerana ia bakal menampakkan ciri yang lain bagi si pemakai.
Related Post :
10 Tips kumpul duit kahwin