Warna Tema Baju Yang Tidak Akan Pupus


Warna Tema Baju Pengantin Yang Tidak Lapuk Dek Zaman


Serba-salah dibuatnya jika dalam memilih warna tema untuk majlis perkahwinan, semuanya cantik!
Ikutkan hati pasti nak merasa semua warna tema tapi bajet pula tidak cukup. Maklumlah, majlis perkahwinan ni sekali seumur hidup, memang tak keruan dalam menentukan warna tema apa yang sesuai sekaligus tetap menjadi malar segar saban tahun.
Tapi.. bagaimana pula dengan anda yang bakal berkahwin dalam majlis serba ringkas? Maksudnya untuk anda dan pasangan yang tidak mahu mengeluarkan banyak kos untuk pelamin, tema dan pelbagai kelengkapan pengantin. Cukuplah hidangan jamuan yang enak untuk tetamu dan sepersalinan nikah dan sanding untuk bergambar. 
Disini kami kongsikan idea untuk memilih 7 warna baju persandingan untuk hari bahagia anda. 7 warna ini boleh dikatakan tidak lapuk dek zaman dan masih menjadi trend kebanyakan pengantin sehingga ke hari ini.
Tips dari kami:
  1. Pastikan design baju juga up-to-date! Jika nak play safe, pilih baju dari kain songket atau kebaya moden. 
  2. 7 warna yang dipilih ini sesuai dengan latar belakang pelamin serba putih. 
  3. Berkulit gelap hingga cerah tak usah risau, 7 warna ini adalah warna selamat! 
1) Royal Blue 
Warna biru pekat atau royal blue ini beri penampilan moden dan mewah pada pengantin. Ianya juga sesuai dipadankan bersama konsep moden mahupun tradisional.

Buat pengantin yang garang boleh guna warna merah untuk konsep colour-block.
2) Hijau Emerald
Anda berkulit gelap tapi ingin berbusana warna hijau?

Warna hijau emerald paling sesuai untuk yang berkulit gelap. Ia tidak memberi refleksi terlalu gelap atau cerah bila didalam gambar. 
3) Merah Jambu

Siapa pun tak akan pernah jemu dengan warna romantis si merah jambu. Bagi yang ingin menjaga bajet dan kreatif, anda boleh ubah satu persalinan nikah kepada persandingan dengan busana warna pink ini. Untuk pengantin lelaki tukarkan songkok kepada tengkolok dan pengantin perempuan pula tambahkan veil dan tiara.
4) Ungu 

Warna yang pernah menjadi fenomena pengantin pada awal tahun 2000 tapi sehingga kini ia masih menjadi tona utama dalam majlis perkahwinan. Untuk efek tradisional, anda boleh menyarung busana berwarna ungu dengan tambahan rona emas ataupun songket bunga tabur.
5) Kuning Diraja 

Warna ‘tradisional’ dan tidak pernah membosankan. Biasanya pengantin perempuan akan diberi solekan nipis dengan sapuan lipstik merah.
6) Maroon 

Jika anda ingin mengekalkan ciri tradisional tapi masih lagi mahu kelihatan moden. Anda boleh pilih baju songket berwarna maroon. Rona maroon sesuai untuk anda menggantikan sepersalinan warna merah. Nak garang waktu majlis dah kenapa?
7) Coklat 

Warna coklat jarang sekali pengantin memakainya, anda mempunyai banyak pilihan design baju pengantin kebaya dan songket yang menarik dari warna coklat. Yang penting, pilihlah kategori warna coklat lembut agar seri wajah anda tidak tenggelam.