3 Jenis Cincin Yang Semua Lelaki Perlu Tahu Untuk Menyunting Si Dia
Dalam perkahwinan orang melayu selalu kita akan dengar pelbagai jenis cincin mengikut majlis seperti cincin merisik, cincin bertunang, cincin nikah mahupun cincin batal air sembahyang.
Sebenarnya berapa banya cincin yang diperlukan? Macam banyak je..
Ramai juga yang masih keliru dan tidak tahu apa beza jenis-jenis cincin yang sepatutnya disarungkan ke jari manis bakal pengantin. Ada juga yang turut mempersoalkan kenapa perlu banyak cincin yang perlu dibeli.
Untuk pengetahuan anda, untuk perkahwinan wanita akan dapat 3 jenis cincin dari pihak lelaki. Antaranya adalah cincin merisik, cincin tunang dan cincin nikah.
1) Cincin Merisik
Untuk merisik, biasanya menggunakan jenis cincin belah rotan. Bukan diperbuat dari rotan tau. Mestilah emas tetapi dari jenis emas kosong tanpa batu permata atau berlian. Jika anda pergi ke kedai emas, anda akan dapat melihat cincin belah rotan pada masa kini banyak yang cantik-cantik. Semuanya ada reka bentuk yang menarik dengan design tersendiri.
Untuk cincin merisik, elakkan beli cincin belah rotan emas putih tau. Nanti orang ingat anda beli cincin silver pula. Jangan buat pasal ok..
2) Cincin Tunang
Ada yang tidak bertunang tetapi terus nikah. Jika anda tidak bertunang, maka anda akan dapat 2 cincin sahaja iaitu cincin merisik dan nikah.
Untuk cincin tunang, biasanya orang akan memilih cincin berbatu (diamond). Jangan beli cincin belah rotan pula ye…
Diamond tu biasanya kecik-kecik dan disusun sejajar. Ia dipanggil “Eternity ring”. Sebab ada diamond, so bolehlah pilih nak emas kuning ke emas putih bergantung kepada citarasa.
3) Cincin nikah
Cincin nikah mestilah lebih gah dan glamour dari cincin nikah. Kebiasaanya pengantin akan memilih cincin berbatu besar yang lebih menyerlah. Ianya dipanggil solitaire ring. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Solitaire ring ni dikira paling hebat sebab diamondnya yang besar. Sebiji diamond yang besar adalah lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan beberapa biji diamond yang kecik-kecik.
Rekaan cincin nikah ni biasanya simple sebab fokus dia adalah diamond.