Nak Cari Teman Hidup, Carilah Yang Sanggup Susah Dan Senang Bersama








Andai kamu mencari yang sempurna. Pasti kamu merana sengsara.

Carilah yang tidak mencela. Mampu menerima dirimu seadanya. Yang berkongsi saat gembira dan sentiasa bersama di saat berduka.


Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita,

yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat.

Jika kita suka seseorang,
kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun.

Tetapi jika kita cinta seseorang,
kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita.

Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan.

Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah,
inikan pula hati manusia.


” Syg…. you nk mkn apa? ” soal si lelaki.

” I nk mkn seafood, I suka sgt…..” bls si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung.

” Sorry syg.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telor, kicap jr.. Ini jr yg mampu Mak I sediakan utk you.” Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yg tadi bgitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan ….


” Ehh… ini jer ke yg Mak kau masak untuk aku? Alah klu setakat ni baik xpayah susah-susah nk undang org datang rumah!! Buat malu jer…” Balas gadis itu penuh sinis.

 Lelaki muda itu tersentak… Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba_tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh..

” You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dh masak macam-macam dh tu ada kt ruang meja utama tu…Ahahaha…” Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum.

“You ni, suka tau gurau…eee…geramnya..” gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu..”Jom..”
” Ehh..jap. Nak ke mana?” Soal lelaki itu.
” Ehh you ni, nak makan laa, I dh lapar ni…” kata gadis tu.

Lelaki itu tersenyum pahit.

” Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul ckp mak..klu nk cari isteri carilah yg boleh mkn nasi blaukkan telor dan kicap, klu mkn semua itu tanpa merungut, Inshallah dialah calon yg terbaik yg boleh menerima kita di saat kita jatuh, bkn saja di saat kita senang…”

Gadis itu tergaman….lelaki itu tersenyum…
“Maaf…. kau bukan calon isteriku….. Kau bukan gadis yg selayaknya utk mjadi menantu kpd ibu ku…..kau boleh pergi skrg……kita putus…”

Gadis itu tergaman, gadis itu merayu…..tapi lelaki itu tetap dgn keputusannya.Si Ibu sdg memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dgn kdaan yg penuh 1001 penyesalan….


Moral of the story, nk cari teman hidup, carilah yg boleh menerima kita seadanya.. dlm keadaan susah dan senang, yg paling penting carilah yg boleh menerima dan menghormati ibu mu… Inshallah… bahagialah hidupmu…..


( Sekadar renungan bersama)
Kredit: cintaku wardah ze