Anggun & Kacak Di Hari Bahagia, Ini Amalan Yang PERLU Anda Lakukan
Untuk menjadi ratu sehari yang memiliki wajah berseri anda perlu menitik beratkan tentang keadaan diri anda. Sekalipun anda begitu penat membuat persiapan untuk hari bahagia, namun usahakan agar penampilan anda mampu mengagumkan para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anda itu nanti.
Berikut beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian agar keadaan badan anda tetap fit dan wajah anda tetap nampak berseri di hari bahagia itu nanti.
- Rehat Secukupnya
Dengan istirehat dan tidur yang mencukupi membuatkan badan anda serta stress yang mungkin anda alami berada pada tahap terkawal. Wajah anda juga akan kelihatan lebih cerah kerana mata panda tidak akan menghiasi wajah anda sekiranya anda cukup rehat dan cukup tidur!
- Jangan Lupa Bersenam
Bersenam bukan sahaja akan membuatkan badan anda terasa segar, malahan lebih bersemangat. Lakukan senaman secara rutin dan lihat hasilnya di hari bahagia nanti. Anda pasti akan kelihatan lebih fit dan segar.
- Jaga Pola Makan Anda
Untuk tampil segar dan cantik berseri di hari perkahwinan anda nanti, anda perlu menjaga pola makan. Jangan kerana mahu berdiet, anda menghindari pelbagai makanan yang sepatutnya anda nikmati. Ia boleh membuatkan wajah anda nampak kusam dan tubuh badan menjadi lemah.
Makan ulam-ulaman, buah-buahan serta sayuran lainnya untuk menjaga kesihatan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan membantu tubuh untuk membuang racun-racun yang ada di dalam tubuh serta menjaga tekstur kulit anda.
- Kurangkan Masin
Garam boleh membuatkan badan lebih mudah terkena dehidrasi dan juga boleh membuatkan selulit di tubuh anda bertambah teruk.
- Hindari Makanan Bergoreng & Berlemak
Makanan tersebut boleh membuatkan badan anda tinggi kolesterol atau boleh membuatkan anda sakit tekak. Sedia maklum, jika kolesterol dalam badan terlalu tinggi ianya sekaligus membuatkan kulit muka mula dipenuhi jeragat dan biji-biji kolesterol di bawah mata.
- Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Manis
Anda boleh menggantinya dengan buah-buahan segar atau madu untuk memenuhi pengambilan gula dalam tubuh anda. Gunakan gula gantian seperti stevia jika anda jenis yang tidak boleh jika tidak makan makanan manis. Ingat! terlebih gula penyebab penyakit kencing manis.
- Minum Air kosong
Pastikan anda minum air kosong atau air putih untuk menjaga kelembaban kulit anda. Set pada minda anda bahawa air manis TIDAK SEDAP! Amalkan air kosong boleh menjadikan kulit anda seperti bayi sekaligus membantu anda menurunkan berat badan menjelang hari bahagia.