Bahagia itu bukan pada lamanya hubungan, Tapi pada SOLATNYA




Bahagianya sesebuah rumah tangga itu bukan dilihat dari lamanya sesebuah hubungan. Tapi bagaimana ia dibentuk. Jika pengemudinya hancur, maka hancurlah pelayaran itu.

Perkongsian ini mengigatkan kita di mana terletaknya kebahagiaan itu.


Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Dimana solat seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.


Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri ketika azan dilaungkan terutama solat magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?



Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.


Wahai para Suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat awal waktu. Jangan hanya isteri sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran menjelang waktu magrib.


Janganlah bebani isteri kita dengan kerja rumah sehingga mereka mengabaikan solat-solat fardhu.


Jagalah SOLAT ﺍﻟﻠﻪ akan jaga kita.