Benarkah 5 Tahun Awal Perkahwinan Adalah Waktu Paling Sukar? Jom Ketahui Fasa Berumah Tangga
Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Yelah, bukan kehidupan namanya jika tiada dugaan. Ini kerana dugaanlah yang mematangkan dan mendidik kita mengharungi kehidupan.
Kehidupan suami isteri akan sentiasa diduga. Bagaimana kita menghadapi dugaan itu, terpulang pada kita sendiri samada menganggapnya dan memandangnya dari sudut positif mahupunb negatif.
Fasa berumahtangga terutamanya 5 tahun awal perkahwinan adalah saat yang dianggap mencabar. Disinilah, kekuatan dan kesetiaan kita diuji.
Tempoh 5 tahun inilah kita paling banyak berdepan konflik rumah tangga, masam muka, merajuk dan sebagainya. Tapi melalui cara inilah kita mengenali siapa pasangan kita.
Fasa seterusnya macam mana pula, apa yang berlaku? Kami share tentang 4 fasa penting dalam perkahwinan untuk kita buat persediaan.
Fasa 1 (5 tahun pertama perkahwinan)
Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, urusan rumah tangga, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini kena banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar. Sebab banyak kes perceraian terjadi dalam fasa ini kerana kurang sabar.

Fasa 2 (Usia perkahwinan 5- 10 tahun)
Dalam fasa ini suami isteri dah faham sangat sikap pasangan masing-masing. Dah tahu apa yang boleh jadi punca gaduh dan cara mengelakkannya. Ramai juga yang sudah malas nak merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

Fasa 3 (Usia perkahwinan 10- 15 tahun)
Walau dah stabil dan rumah tangga bahagia tapi kena hati-hati juga dalam tempoh ini. Memasuki usia 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak2 yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4 (Usia perkahwinan 15-20 tahun)
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi kita hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Walau dimana fasa anda berada sekalipun, ingatlah tentang susah payah anda bersama dan bertolak ansur antara satu sama lain bagi mengekalkan hubungan agar kekal bahagia. Bertindak matang dalam membuat keputusan dan tidak mengikut emosi.