Idea Lauk Dan Gubahan Makan Beradab Yang Buat Kita Rasa Lapar
Bila ada majlis perkahwianan mesti ada acara pengantin makan beradab. Mata setiap tetamu mesti tertumpu pada lauk-pauk yang dihias cantik untuk pengantin dan keluarga yang bertandang.
Difahamkan, yang sebenarnya bukanlah makan beradab tetapi makan berhadap. Ini kerana ibu bapa pengantin lelaki dan ibu bapa pengantin perempuan akan makan bersama-sama saling berhadapan. Makan beradab ini adalah adat budaya orang dahulu yang makan berhadap dalam bulatan mengelilingi dulang makanan.
Namun, makan beradab pada masa sekarang agak berbeza kerana kebiasaanya meja yang digunakan adalah memanjang dan mengadap tetamu.
Jom tengok apakah lauk pauk yang biasa dihidangkan untuk makan beradab dan gubahan-gubahannya.
#1) Udang panjat nenas
2) Sambal telur puyuh
3) Siakap 3 rasa
4) Ayam golek pengantin
5) Sotong sumbat
6) Daging masak hitam
7) Gubahan buah