Majlis Khatam Al-Quran Mohon Lebih Berkat Untuk Pengantin


Majlis khatam Al Quran mohon lebih berkat untuk si pengantin

Majlis Khatam Al Quran Mohon Lebih Berkat Untuk Si Pengantin





Selain dari majlis berinai, ada juga pengantin yang melakukan majlis khatam al-quran sebagai salah satu acara dalam majlis perkahwinan. Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan dalam ikatan perkahwinan yang bakal didirikan.
Kebiasaanya majlis ini diadakan bersekali dengan berinai ataupun menggantikan acara berinai. Bergantung pada tuan rumah. Majlis ini adalah si pengantin akan membaca beberapa surah dalam al quran bersama-sama diiringan dengan kumpulan marhaban ataupun kumpulan mengaji kampung atau masjid.

Kredit: iStalker.org

Ada beberapa pendapat kurang bersetuju majlis ini diberi nama majlis khatam al quran. Ini kerana mereka mengatakan majlis yang diberi nama ‘khatam al quan’ perlulah menghabiskan 30 juzuk sekaligus. Namun majlis ini hanya memperlihatkan si pengantin membaca beberapa surah sahaja.
Pendapat kami, untuk tidak mengelirukan seeloknya meletakkan majlis bacaan al quran adalah lebih tepat sekali. Tak salah pun kan…

Kredit: Riau Berbagi

Adab membaca al-Quran:
• Bersiwak atau membersihkan mulut
• Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid
• Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat
• Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah
• Khusyuk dan merenung makna ketika membaca
• Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam
• Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan
• Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru

Kredit: RotiKaya

• Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan
• Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia
• Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)
• Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan
• Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti
• Menggunakan suara yang kuat
• Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran

Kredit: kakisharesite.wordpress.com
Jika dilihat, pada majlis ini tuan rumah akan menyediakan beberapa botol air mineral mengikut jumlah kumpulan bacaan al quran. Air tersebut adalah air yassin yang turut dibaca dan akan diagihkan kepada ahli-ahli bacaan tadi.
Biasanya dalam majlis khatam Quran, seorang guru atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan yang di baca semasa majlis ini.

Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu.

Kredit: biemohd.com


Pengantin perempuan di apit oleh sepupu sebelah kiri dan anak buah sebelah kanan. Setelah tamat guru/ustazah akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran.
Dan macam biasa sesuai dengan adat Melayu, sekuntum bunga telur dan sedikit saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu dan diikuti dengan jamuan makan.