Mampu Ke Nak Kahwin? Jom Kira Kos Dan Bajet Anda
Selepas bertunang, bakal pengantin akan sibuk dengan perancangan perkahwinan mereka. Antara cabaran yang utamapastilah tentang bajet kewangan. Pada hari ini, sepasang pengantin kperlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam tangan jika nak kahwin.
Sebab majlis perkahwinan adalah satu hari khas seumur hidup dalam kehidupan kita, lainlah jika anda awal-awal lagi dah plan nak pasang dua tiga. Ish..ish..cukuplah setia pada seorang ya. Semua orang ingin mengadakan perkahwinan yang meriah dan sempurna. Jadi jika anda tidak mempunyai pendapatan yang banyak, Maka anda kena merancang perbelanjaan dengan mengeluarkan satu pelan bajet untuk rujukan.
Di sini adalah antara pembelanjaan yang diperlukan:
1 . Mas Kahwin
Mas kahwin merupakan tanda kasih sayang dan juga pemberian wajib pada suami kepada isteri. Wang pemberian adalah berlainan mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Boleh rujuk carta dibawah untuk penetapan amaun mas kahwin yang perlu diberi di negeri anda.
2 . Kos Gubahan Hantaran
Gubahan hantaran yang disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan juga satu pembelanjaan yang boleh menjadi amat tinggi jika tidak merancang bajet dengan baik. Antara yang pihak lelaki kena tahu termasuk amaun wang hantaran yang ingin diberi, harga untuk sebentuk cincin nikah, harga untuk set dulang hantaran dan sebagainya.
3 . Kos Perbelanjaan Pengantin
Antara kos yang perlu kdiambil kira termasuk kos sewa dewan/khemah, kos baju pengantin, kos jurusolek, kos jurufoto dan video serta sebagainya.
a) Sewa Dewan
Harga boleh berbeza bergantung kepada keluasan dan fasiliti yang ditawarkan oleh pemilik dewan tersebut. Elakkan sewa dewan pada musim perayaan mahupun cuti persekolahan, kerana kebiasaannya sewa akan melonjak tinggi.
b) Baju Pengantin
Jika anda tidak ingin berbelanja lebih, bolehlah menyewa baju pengantin dari mana-mana butik perkahwinan. Pastikan mencari pakaian mengikut bajet yang anda sediakan.
Berbeza sekali jika anda menempah pakaian baharu, ianya pasti membuatkan anda terpaksa mengeluarkan bajet yang besar. Melainkan jika anda sememangnya sudah memperuntukkan bajet besar khas untuk pakaian persandingan.
c) Mekap
Pengantin boleh mekap sendiri atau boleh minta kawan-kawan yang pandai mekap untuk membantu. Maka anda tidak perlu habiskan wang yang banyak bagi mekap di butik andaman yang mungkin akan caj anda dengan kadar yang tinggi kerana kebiasaannya mereka mempunyai jurumekap profesional.
Seeloknya, tempahlah juru andam profesional untuk kelihatan cantik dan sempurna di hari bahagia. Apa salahnya, sekali seumur hidup kan..
4 . Kos Perbelanjaan Jemputan
Anda perlulah menentukan bilangan jemputan yang akan menghadiri majlis perkahwinan anda. Dengan itu anda dapat merancang bajet kos katering dan juga bilangan cenderahati/door gift yang perlu disediakan.
Selain itu, anda juga tidak perlulah meletakkan bajet yang tinggi untuk kad jemputan. Cukuplah sekadar kad jemputan anda mempunyai maklumat lengkap beserta peta perjalanan bagi memudahkan tetamu menuju ke lokasi majlis.
5. Kos Sampingan
Selain daripada kos yang disebutkan di atas, kos-kos berikutnya adalah sampingan yang anda boleh list-kan didalam bajet anda jika wang anda masih cukup untuk belanja untuk hari bahagia.
Kos sampingan termasuk pelamin & hiasan, silat/tarian, kompang, hiburan, pengacara atau photo booth.
6 . Kos Door Gift
Cenderahati ataupun door gift adalah penting bagi memastikan tetamu yang datang merasa dihargai dan seronok menghadiri majlis anda nanti. Apapun, tetapkanlah door gift yang berbaloi untuk ditempah dan berpadanan dengan bajet anda.
Bajet untuk Hadiah Kahwin
Dengan door gift, berapa bajet kena disediakan merupakan keputusan peribadi. Anda boleh memberikan para tetamu apa sahaja yang anda pilih termasuk kotak gula-gula, lilin, kipas tangan, sapu tangan, naskah yassin dan sebagainya.
Pastikan fikir idea door gift yang murah, lagi berguna dan praktikal.