NAK INAI TAHAN LAMA





Rahsia inai tahan lama dan lebih terang

Rahsia Inai Tahan Lama Dan Lebih Terang


Inai atau henna adalah pewarna asli yang diekstrak daripada sejenis tumbuhan berdaun dan kebiasaannya diamalkan pemakaiannya oleh para muslimah sebagai sunnah (boleh dipakai sebagai pewarna kuku mahupun pewarna rambut) serta digunakan juga sebagai perhiasan berbentuk pewarna yang dipakai pada hujung jari pengantin perempuan dan lelaki.
Zaman berganti zaman, pemakaian inai masa kini tidaklah serumit dahulu kerana kebanyakan pengantin perempuan terutamanya akan mengupah pelukis inai untuk melukis dan memakaikan inai di jari mereka.






Khas buat bakal pengantin atau mana-mana wanita yang gemar memakai inai yang ditumbuk sendiri, kami kongsikan rahsia bagaimana buat warna inai lebih pekat serta tahan lama.
Lain Orang, Lain Hasil Warna Inai
Sebenarnya reaksi inai terhadap badan seseorang adalah berbeza dengan yang lainnya. Ini kerana warna yang dihasilkan inai akan dipengaruhi oleh suhu tubuh, jenis kulit, cuaca semasa dan tempoh pemakaian inai tersebut.
Cara Buat Warna Inai Lebih Pekat
Warna kulit juga sedikit sebanyak mempengaruhi hasil warna inai. Sebagai contoh, lebih gelap warna kulit seseorang, lebih pekat warna inai yang akan terhasil.
Bagi mereka yang berkulit putih atau lebih cerah, sila campurkan beberapa titis minyak pati (essential oil)  dalam adunan inai anda:-






  • Minyak Kayu Putih (paling berkesan)  
  • Minyak Angin (tak kisah jenama apa pun)
  • Minyak Pati Lavender 
  • Minyak Zaitun
Jika tak mahu campurkan minyak pati dalam pes campuran inai, anda boleh titiskan ia kemudian. Titiskan pada jari dan kuku setelah kawasan tersebut diselaputi pes inai. Biarkan ia meresap sehingga inai mengering dan merekah.
Cara lain membuatkan warna inai lebih pekat adalah dengan mencampurkan sedikit jus asam limau nipis ke dalam pes campurna inai kerana kandungan asidik tersebut akan bantu menghasilkan warna yang lebih terang dan menarik.






Cara Buat Inai Tahan Lama Di Kulit dan Kuku
1. Sebelum pakai inai oleskan secara nipis minyak sayuran (minyak jagung, minyak zaitun, minyak canola) pada keseluruhan bahagian tangan yang akan dipakaikan inai.
2. Setelah inai mengering, jangan gunakan air dan sabun untuk mencuci sisa inai pada jari dan permukaan tangan/kulit. Gantikan air dengan minyak untuk mencuci inai.






3. Kalau boleh, sila elak inai di kuku atau kulit terkena air buat beberapa jam selepas mencucinya dengan minyak sayuran tadi.




Related Post :
Fakta sebenar malam berinai