10 List Lagu Indonesia ‘Membuai Jiwa’ Untuk Video Playback Perkahwinan
Hidup di zaman ‘semuanya dihujung jari’ amat menyenangkan kita untuk menyelesaikan beberapa perkara. Termasuklah apabila ingin menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan. Dari hal hiasan kamar beradu hinggalah ke susunan meja makan beradab pengantin boleh dicari melalui internet.
Sekarang anda boleh pilih sendiri lagu apa yang paling membuai perasaan untuk video playback yang akan ditayangkan semasa majlis anda nanti.
Kalau kena dengan lagunya, pasti membuatkan air mata kita bergenang dan rasa perasaan cinta dan sayang itu meluap-luap. Tak gitu?
Kami ingin berkongsi idea lagu yang sesuai untuk video playback semasa majlis resepsi perkahwinan anda. Yang pasti, bait lirik lagu dari setiap pilihan berunsur romantik dan bergenre balada dan pop. Sesuai dijadikan semasa anda dan pasangan berjalan menuju ke pelamin atau semasa upacara memotong kek. So sweet!
1) Afgan – Cinta Dua Hati (Ost Cinta 2 Hati)
2) DIA – Sammy Simorangkir
3) Kerispatih – Untuk Pertama Kali
4) Tangga – Hebat
5) Yura Yunita ft. Glenn Fredly – Cinta dan Rahasia
6) Tulus – 1000 Tahun Lamanya
7) Payung Teduh – Akad
8) Takkan Ada Cinta Yang Lain – Dewa 19
9) Aaliyah Massaid – Firasat
10) Jaz – Dari Mata