Langkawi Ibarat ‘Maldives Malaysia’ Untuk Pengantin Baru Honeymoon
Boleh dikatakan Pulau Langkawi, Kedah menjadi antara destinasi utama bukan sahaja untuk pelancong dari luar negara tetapi juga masyarakat tempatan yang ingin lari dari kesibukan kota, tak kira pada hujung minggu atau cuti umum.
Kebiasaannya jika ke Pulau Legenda itu, antara tempat tumpuan yang wajib dikunjungi termasuklah Pantai Cenang yang meriah, pekan Kuah ‘syurga’ bagi yang gemar membeli-belah, selain tempat-tempat bersejarah.
Tak perlu pergi jauh sebab di Langkawi pun kita mampu mencipta bahagia bulan madu sama seperti di Maldives. Langkawi juga banyak tempat menarik yang boleh dilakukan bagi pasangan pengantin yang berhoneymoon.
Kami kongsikan lokasi yang boleh dituju sekitar Langkawi sesuai untuk pasangan honeymoon.
1) Pantai Cenang
Kalau sampai Pulau Langkawi, rugi tak menikmati keindahan pantai dan laut di sini. Ini adalah pantai yang paling indah dan tenang di pulau-pulau Langkawi. Persisiran pantainya yang dihiasi dengan pasir putih bersih & gelombang air pasang surut yang mendamaikan.
Memang cantik & memikat hati untuk duduk lama di sini. Antara salah satu tempat terbaik untuk berehat dan menikmati permandangan matahari terbenam. Kalau isteri sedang mengandung & ada alahan, elok bawa rehat tepi pantai yang cantik ni. Pantainya lebih sunyi & kurang popular tetapi permandangannya memang cantik. Airnya pun bersih. Hotel di langkawi terdekat dengan pantai ini ialah four seasons hotel langkawi. Penginapan 5 star, memang terbaik disini. Cuma 6 minit dari pantai.
2) Pantai Tanjung Rhu
Satu lagi Pantai yang popular di Langkawi. Pantai Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung yang terletak di timur laut pulau Langkawi.
Keunikan pantai ini yang terletak di tanjung yang mempunyai persisiran laut yang menarik. Kawasan ini sangat sesuai untuk mandi manda & menikmati keindahan pantai yang bersih terjaga. Airnya pun jernih.
Datang awal pagi untuk melihat permandangan matahari terbit yang sangat terbaik. Tempat yang sangat best untuk mereka yang suka bersantai di tepi pantai.

3) Taman Marin Pulau Payar
Pulau Payar adalah adalah gugusan tiga pulau kecil yang terletak kira-kira 17km dari Langkawi.
Sebuah pulau yang sangat kecil berhampiran langkawi dengan pengalaman untuk berenang & berinteraksi dengan kehidupan laut yang menakjubkan.
Kita boleh menempah servis snorkeling dan skuba diving yang Ibu sangat rekemen untuk dilakukan di sana. Para jurulatih skuba yang sangat ramah akan membantu kita dengan menikmati pengalaman menyelam di dasar laut yang indah.

4) Taman Kilim Geoforest
Satu lagi tempat menarik untuk di lawati di Langkawi ialah Kilim Geopark. Permandangan alam semulajadi yang menarik seluas hampir 100 kilometer persegi. Terdapat banyak kawasan berbeza disini yang menjadi habitat hidupan liar.
Contohnya paya bakau, pantai yang cantik dan masih dara, dan bukit unik dengan struktur menegak.
Memang cantik bentuk muka bumi di sini.
Taman ini berada di hujung timur Pulau Langkawi, dan Ibu rekemen untuk datang ke mari selepas singgah pantai Tanjung Rhu (5 minit saja dari sini).
5) Kereta kabel Langkawi
Lokasi wajib pergi Langkawi dan naik kereta kabel. Permandangan yang menarik dan kita dapat lihat keindahan alam semulajadi dari udara tanpa perlu keluarkan peluh.
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, yang berada di barat laut Pulau Langkawi. Perkhidmatan kereta kabel ini mula beroperasi pada tanggal 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter.