Hak memilih suami


 


Adakah seorang gadis mempunyai hak menurut syarak supaya menerima atau menolak orang yang datang meminangnya ?


Adakah ibu bapa mempunyai hak supaya memaksa anak gadis mereka berkahwin?
Adakah paksaan dan tekanan menjadikan perkahwinan itu batal ?

Islam mengangkat wanita ke tempat yang mulia sebaik-baiknya. Islam juga memelihara hak dan maruah wanita serta kesejahteraannya. Agama yang agong ini telah berkeras supaya menjaga hak gadis atau wanita mengenai penerimaan atau penolakan sesiapa yang datang meminang tanpa paksaan atau tekanan daripada sesiapa walaupun tekanan itu daripada pihak kedua ibu bapa. Ini kerana di antara syarat-syarat perkahwinan ialah ijab dan qabul. Bapa ( adik beradik lelaki atau bapa saudara atau selainnya) merupakan wakil bagi anak perempuan atau berhadapan dengan qadhi atau tok imam atau pegawai yang melakukan akad  mengikut syariat.

Dalam sejarah hidup nabi yang suci, seorang gadis datang berjumpa Rasullah SAW untuk mengadu tentang penentangannya terhadap pendirian ayahnya dalam mengatur perkahwinanya. Bapanya mahu mengahwinkannya dengan anak saudaranya tanpa kerelaannya atau persetujuannya. Dia merasakan perkahwinan ini memenuhi kepentingan bapanya sahaja. Apabila diketahui Rasullah SAW, Dia membatalkan peminangan tersebut kerana ia disempurnakan tanpa keredhaan gadis itu. Tetapi gadis yang di didik dengan ajaran islam dan mempelajari daripadanya kemuliaan dan ketinggian. Dia mengiklankan persetujuannya dengan pertunangan tersebut iaitu sepupunya.
Dia berkata dengan katanya yang masyhur " Saya melakukan demikian supaya para bapa perlu mengetahui bahawa mereka tidak ada apa-apa hak terhadap anak gadis mereka. Dia hanyalah mahu menetapkan satu prinsip untuk kepentingan gadis islam hingga hari kiamat "

Hak kedua ibu bapa ialah memberi nasihat, teguran dan pandangan berdasarkan daripada realiti pengalaman, ujian, tanggungjawab mereka. Mereka juga bertanggungjawab untuk mejelaskan alasan yang munasabah mengenai penolakan atau penerimaan sesuatu pinangan.

Bagi gadis pula,sepatutnya menilai pendapat ibu bapa mereka dan pandangan mereka dengan hormat dalam skop masa dan jangka masa panjang. 



Kemudian dia boleh menentukan sama ada menerima atau menolak, kerana dia mempunyai hak sepenuhnya dalam perkara ini. Manakala adat resam di mana ibu bapa mengengkari hak anak gadis mereka dalam memilih pasangan  hidup dan menganggap pendapat gadis terhadap tunanganya satu keaiban adalah bertentangan dengan islam. Adat sedemikian harus ditinggalkan

Wajib ke atas anak gadis berpegang teguh dengan hak mereka tetapi andai berlaku pergolakan dengan ibu bapa, Cuba atasi situasi tersebut dengan diplomasi agar hubungan anak dan ibu bapa dapat dieratkan. Ia harus dilakukan berlandazkan agama yang mendidik umat agar berlemah lembut dan penuh adab sopan.

Rujukan
Buku-Nasihat untuk wanita
Tulisan - Zainab Al-Ghazali
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia