30 KOLEKSI PANTUN UNTUK PENYERI MAJLIS ANDA




30 Koleksi pantun penyeri majlis perkahwinan

30 Koleksi Pantun Penyeri Majlis Perkahwinan




Dalam majlis perkahwinan tidak lengkap jika tiada ungkapan berbalas pantun sebagai penyeri. Pelbagai pantun usik mengusik digunakan bagi menambahkan lagi kemeriahan untuk tetamu.
Sudah menjadi adat dan budaya kita orang melayu berpantun sebagai pembuka majlis atau bicara dalam suasana yang lebih bersopan santun.




Kebanyakkan majlis sudah tidak diserikan dengan pantun-pantun ini, tapi jika mampu berpantun, serikanlah majlis dengan Pantun agar bertambah seri majlis perkahwinan anda nanti.
Kami kongsikan himpunan pantun-pantun yang sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan.
1. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.
2. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.
3. Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan
4. Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari
5. Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat
6. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu
7. Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati
8. Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.
9. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan
10. Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri
Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
11. Tanam pisang tumbuhnya kelapa, Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati
12. Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat
13. Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar dibalas
14. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis kami.
15. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.
16. Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.
17. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih
18. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati
19. Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.
20. Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.
21. Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri
22. Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu
23. Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.
24. Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,
Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu
25. Satin biru habis digunting, Sehelai sepinggang tiadalah jua
Pengantin baru manis bersanding, Bagai pinang dibelah dua.
26. Teruna berpeluh memuja bidadari, Lama nian lekat di mata
Pesona sungguh raja sehari, Umpama berlian diikat permata.
27. Kembang Cina baru dipetik, Sudah layu di telapak tangan
Abang teruna rindu cik adik, Madah merayu hendak bergandingan
28. Tua layu kembali mulus, Turun hujan dirembang syahdu
Dua menantu sekali gus, Tahun hadapan menimang cucu
29. Dodoi nyonya pandai membisik, Menebang dahan angin mendayu
Amboi. kuatnya perisai cik adik, Abang tak tahan ingin bertemu
30. Berpeluh sudah berpenat lelah, Bertahun patah tumbuh ditebang.
Dirempuh redah bersirat bilah, Berpantun madah berpeluh cik abang.
Sama-sama kita SHARE kan agar manfaat pada orang lain..Ok