Penting Sangat ke Kursus Kahwin



Pentingkah kursus perkahwinan? Ini jawapannya

Pentingkah Kursus Perkahwinan? Ini Jawapannya






Pentingkah kursus perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga? Ya, ianya adalah sesuatu yang amat penting dalam persediaan menjadi suami isteri. Bukan sahaja dari segi ilmu agama malah dari sudut rohani dan emosi juga berkait rapat.
Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum sesaorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin? Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.




Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.




Dalam memilih tempat kursus, pastikan ianya disahkan oleh Jabatan Agama wilayah atau negeri masing-masing bagi memastikan sijil yang diperolehi itu sah dari pusat bertauliah.
Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.
Untuk layak mendapat sijil kursus kahwin, bakal pengantin wajib hadir dan mengikuti kesemua modul yang telah disediakan. Buat pengetahuan anda, sewaktu menghadiri kursus, bakal pengantin perlu mengikuti modul-modul pembelajaran seperti di bawah dan mereka perlu menandatangani kehadiran setelah selesai setiap modul ini. Dan ianya akan disahkan oleh setiap penceramah bagi setiap modul.




Contohnya – untuk kursus di bawah tanggungjawab JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terdapat 7 modul wajib MBKPPI – JAWI/JAKIM.
a. Akidah & Ibadah
b. Akhlak Hubungan Dalam Keluarga
c. Pengurusan Kesihatan Keluarga
d. Perkahwinan & Prosedur
e. Pengurusan Tekanan Dan Konflik
f. Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Kewangan Dan Masa
g. Perkhidmatan Runding Cara & Pembubaran Perkahwinan
Jika anda ingin berumahtangga, atau sekiranya anda ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal jika diambil awal, sebab anda tetap perlu manjalaninya melainkan anda hendak membujang sampai ketua.