Ambil Perhatian! 6 Petua Lama Untuk Pengantin Baru.
Setiap pantang larang seiring dengan pelbagai petua untuk diamalkan bagi kehidupan yang lebih baik. Kami percaya setiap kaum punyai petua dan pantang larang tersendiri untuk diikuti. Namun, kini petua dan pantang larang menjadi satu pilihan dan bukanlah kemestian untuk diamalkan. Ini kerana perubahan gaya hidup masyarakat yang lebih moden dan menganggap ianya sebagai terlalu konservatif dan merepek.
Antara 6 petua dan pantang larang lama yang popular di kalangan orang melayu adalah:
1) Elak keluar hingga tengah malam
Elakkan keluar malam atau kerap keluar dating lebih-lebih lagi dalam tempoh 40 hari sebelum nikah. Fasa ini disebut darah manis. Ditakuti perkara-perkara buruk berlaku kepada bakal pengantin.
2) Elakkan makan buah atau ulam berbau
Ok.. yang ni paling dasyat kalau langgar pantang. Bayangkan anda makan buah atau ulam berbau waktu hari dekat majlis dan tiba-tiba perut anda buat perangai. Aduhai, memang boleh pengsan satu rumah terbau angin semerbak. Boleh pitam dibuatnya hahaha…
3) Jangan pakai seluar ketat
Pantang larang ni khas buat bakal pengantin lelaki. Ini bukan apa, peredaran darah sekitar organ dalaman boleh terganggu dan kemungkinan menganggu faktor kesuburan.
4) Katakan tidak pada solekan tebal
Seminggu sebelum nikah, elakkan solekan tebal pada wajah. Ditakuti kulit anda sensitif dan bermasalah, tak pasal-pasal pula kulit muka penuh jerawat masa hari sanding. Masa tu, nak menyesal pun tak guna.
5) Elak mandi lewat malam
Mandi lewat malam selepas jam 10 mampu membuatkan anda rasa sakit sendi dan tulang terutama pada kaum wanita. Perkara ini juga sering diingatkan oleh orang tua kita betapa bahaynya mandi malam, bukan?
6) Jangan makan leher ayam
Leher ayam goreng garing memang sedap. Tapi pesan orang-orang tua supaya jangan makan leher kerana mengaggap leher pengantin akan teleng semasa diatas pelamin nanti. Ermm, boleh percaya ke?
Sebenarnya, ada macam-macam lagi petua dan pantang larang untuk pengantin yang dipesan orang tua kepada kita. Kadang-kadang terfikir logik ke tidak semua pantang larang tu?
Bagi kami, tiada paksaan untuk diamalkan atau tidak. Jika rasa mampu ikut, buatlah dengan lapang hati. Jika rasa pantang larang itu mengarut, lebih baik jangan buat.