Tips menjadi pengapit pengatin lelaki
ADAB SEMASA BERTUNANG
Terdapat persoalan yang timbul bagi pasangan yang berada dalam tempoh pertunangan. Apakah batasan dan sempadan yang perlu diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariat. Ini kerana mereka menganggap bahawa pertunangan itu membolehkan mereka melalukan perkara yang dibolehkan oleh akad perkahwinan, dari segi melihat tunangnya seperti tidak memakai tudung, berkhalwat dengannya atau keluar bersamanya tanpa mahram.
Perkara ini terus menjadi amalan masyarakat hari ini dan akhirnya memberi implikasi buruk kepada kepada gadis, pemuda dan keluarga kedua-dua belah pihak.
Pada asanya, tempoh pertunangan ini adalah tempoh perkenalan antara gadis dan pemuda yang ingin dikahwininya. Perkenalan ini
Hak memilih suami
Tips pilih baju pengantin sesuai dengan warna kulit
Hari perkahwinan merupakan antara hari yang paling istimewa dalam hidup kita. Segala persiapan pastinya kita mahukan sempurna agar ia menjadi memori terindah dalam sejarah hidup. Gitu!
Busana pada hari itu mestilah kita mahukan yang lain daripada yang lain bukan? Mesti kita mahu kelihatan menyerlah daripada biasa.
Oleh itu, pemilihan warna baju pengantin adalah sangat penting agar kita tidak ‘tenggelam’ dengan keadaan sekeliling.
Bunyi macam simple namun jangan sesekali kita ambil mudah tau. Nanti tetamu confuse pula mana satu pengantinnya?
Kombinasi dengan warna emas atau perak menambahkan kilauan pada penampilan.
Jika berkulit sawo matang, ini adalah warna yang perlu dielakkan!
Ingat ni sis semua. Jangan sesekali ambil ringan tau. Nanti menyesal pula. Buat yang bakal mendirikan masjid tidak lama lagi, moga dipermudahkan urusan anda dan pasangan! Amin.
kredit: twitter @twtmalaywedding
Boleh Murung dapat jurusolek macam ni
Wajah mungil, dagu yang runcing, mata besar dan hidung mancung sering menjadi dambaan wanita. Namun tidak semua wanita bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.
Bagaimanapun, wanita tidak perlu gusar kerana dengan solekan wajah yang tepat, kekurangan pada wajah dapat dilindungi sehingga anda mampu tampil cantik terutama saat bergelar raja sehari.
Bagaimanapun, ada kesilapan yang tanpa sedar dilakukan oleh jurusolek yang sekaligus mencacatkan rupa pengantin.
10 Kesilapan Solekan Pengantin Kalau Boleh Elakkan, (Perkongsian Seorang Jurusolek Senior):
- Ada pengantin membuat persiapan beberapa hari sebelum mekap dengan melakukan pembentukkan kening dengan teknik threading (cabutan dengan benang) sehingga kening menjadi terlalu halus. Ia akan buat raut wajah kelihatan ‘palsu’ dan ‘garang’. Ingat, kening adalah penentu air muka seseorang.
- Melakukan rawatan muka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, sedangkan sebelum ini anda tidak pernah melakukannya. Ini akan memberikan kejutan pada kulit wajah, apatah lagi jika anda sendiri tidak pasti kondisi kulit dan kesesuaian dengan jenis rawatan itu. Kita bimbang, ia akan mengundang iritasi dan anda tidak punya cukup masa untuk memulihkannya.
- Kita faham keterujaan pengantin yang mahu kelihatan menyerlah pada hari bahagianya itu. Namun, memilih untuk memakai bulu mata palsu yang terlalu tebal dan panjang hingga mengenegelamkan warna pembayang mata adalah tidak sesuai.
- Disebabkan mahu kelihatan berseri, ada pengantin sanggup ‘request’ warna bedak asas yang terlalu putih untuk wajahnya. Salah dik, sangat salah!
- Ada juga yang suka mengaplikasi produk pantulan cahaya yang keterlaluan pada bahagian batang hidung, pipi dan dagu. Lebih parah, kalau dijadikan bahan sapuan keseluruhan wajah. Aduh, anda akan kelihatan seperti bergolek di atas minyak!
- Keterujaan melampau untuk Nampak gah, ada pula yang menggabungkan produk glitters pelbagai warna pada solekan mata. Kalau mahu gaya glamor, seharusnya pilih satu warna yg bertepatan sahaja.
- Dandanan gelombang Hollywood wave yang terlalu kaku, terutamanya stail yg disisir semua ke arah sebelah bahu. Tidak membantu pengantin untuk nampak classy ya!
- Katakan tidak pada dandanan rambut yang disanggul ke atas tetapi terlalu banyak juraian-juraian rambut yang dileraikan menutupi bahagian bentuk muka dan bahagian tengkuk.
- Untuk perhiasan tradisional seperti cucuk sanggul, jika mahu digunakan kepada pengantin bertudung, elakkan tudung yang terlalu sarat perinciannya. Bahagian jahitan tepi tudung biarlah minimal motifnya, seeloknya plain atau kosong sahaja.
- Kalau mahu solekan bertahan lama, solekan tidak semestinya tebal. Persiapan asas mekap sangat penting di samping elakan produk yang terlalu berpelembap atau terlalu dewy kesannya. Ada kala, wajah yang disolek dewy akan kelihatan berminyak dan menampakkan wajah yang letih instead of segar. Disarankan bedak asas jenis matte untuk wajah tampil lebih semulajadi ‘glowy’ dan semi matte untuk yang agak kering.
Kenapa Pentingnya panggil pasangan Anda SAYANG
Panggilan Sayang Pada Pasangan, Ini Kajiannya Ramai Yang Tak Tahu...
Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan manja ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.
Janganlah masa zaman bercinta je, bersayang-sayang bila dah kahwin ada anak, panggilan sayang pun hilang.Digantikan dengan abahnya, maknya.. langsung tak sweet.
Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang punya unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang.Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.
Walaupun nama panggilan yang diberikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang.
Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka.
Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.
Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang.Lagipun kata-kata tu kan satu doa. Semoga berkekalan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan nanti.
Sumber: Elite Daily
Orang Lain Kahwin, Kau Pun Sibuk Nak Kahwin
RAMAI ISTERI LUAH PERASAAN DI FB, KESAL DENGAN PERANGAI SUAMI
Sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga, ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Kalau nak cari lelaki untuk dijadikan sebagai suami, selidik latar belakang dan perangai lelaki itu.
Jangan kerana wajah dia kacak atau banyak duit, terus nak kahwin dengan dia.
Saya selalu perhatikan golongan perempuan yang berkahwin awal ini banyak meluahkan perasaan di media sosial di mana ada yang tidak dilayan oleh suami, dipukul, suami malas bekerja, suami tak ada duit dan banyak lagi. Tidak kurang juga, ada yang minta cerai sebab dah tak tahan dengan perangai suami sendiri.
Saya tertanya-tanya, macam mana keadaan mereka bercinta sebelum kahwin, si perempuan ini tak siasat dulu ke perangai bakal suaminya?
Baru-baru ini saya pergi ke Hospital Sibu, mata saya tajam memerhatikan seorang perempuan yang menurut jururawat, dia baru berusia 14 tahun dan suaminya, 16 tahun. Kasihan melihatnya. Bukan apa, kahwin di usia muda tetapi suami pula tak ada kerja. Terpaksalah ibu bapa mereka yang kena tanggung perbelanjaan seperti membeli susu untuk cucu mereka.
Sudahlah masa kecil ibu bapa yang tanggung, dah besar dan ada anak sendiri pun, ibu bapa kena tanggung.
Ada segelintir suami bila ada duit, beli arak dan berjoli dengan rakan-rakannya tanpa mempedulikan anak dan isteri yang kelaparan di rumah.
Ingatlah wahai perempuan, lebih baik selidik dulu latar belakang bakal suami kerana mereka bukan hanya sekadar suami kita, tetapi menantu kepada ibu bapa kita, bapa anak kita dan ipar kepada adik beradik kita. Biar bakal suami tak kacak, tak banyak duit asalkan dia bukan kaki pukul, pemalas dan boleh menerima keluarga kita sudah memadai.
Tiada gunanya mencari bakal suami yang kaya raya, banyak duit dan harta tetapi di kemudian hari dia mensia-siakan isterinya.
Cerminkanlah muka diri itu sendiri kalau terlalu memilih. Tiada guna menyesal di kemudian hari nanti.
LELAKI, CARILAH PEREMPUAN YANG SEDERHANA ORANGNYA
Yang lelaki pula, kalau nak cari perempuan untuk dijadikan isteri, periksa saja akaun Facebooknya dan lihat semua status yang pernah dimuat naik sebelum ini. Kalau dia pernah muat naik gambar di panggung wayang, pergi gym, pakai pakaian mahal dan yang sewaktu dengannya, elok jangan didekati. Sebaliknya carilah perempuan yang sanggup makan mee kolok di kedai kaki lima, pendek kata tak cerewet.
Tak cantik tak apa, asalkan dia tak meminta-minta dan boleh hidup susah senang bersama.
Selain itu, jangan cari perempuan yang jenisnya malas mengemas rumah. Tak ada gunanya perempuan seperti ini dijadikan sebagai isteri. Seluar dalam sendiri pun malas nak basuh, bangun pagi pula jam 9 atau 10 pagi. Macam itu nak tempuh alam perkahwinan? Itu belum lagi pinggan mangkuk dibiar penuh dalam sinki. Kalau mertua dah tegur, mertua pula dikatanya jahat dan selalu cari kesalahan dia.
ORANG KAHWIN, KAU PUN SIBUK NAK KAHWIN
Sebelum semua perkara di atas, buat tabung simpanan kahwin. Bila duit dah cukup, barulah layak nak fikir tentang kahwin. Zaman sekarang harga barang semua semakin mahal. Nak beli susu anak, barang dapur, pampers anak dan itu belum lagi pampers isteri.
Ubah perangai diri itu dulu, jangan tengok orang lain kahwin kau pun sibuk nak kahwin juga. Trend seperti itu akan membinasakan diri.
Sebaliknya fikirlah macam mana anak kita nak sekolah nanti kalau kita tak ada duit?
Kesimpulannya, carilah bakal pasangan hidup yang ada budi bahasa, yang boleh hidup bersama dengan kita sampai akhir hayat. Paling penting, jangan tergesa-gesa nak kahwin. Tak mengapa kalau kita lambat kahwin, janji kita tak menyusahkan diri dan orang lain di kemudian hari.
SUMBER : Burik Kumandang