Bolehkah Pengantin Perempuan Solat Selepas Bersolek







Bolehkah Pengantin Perempuan Solat Walaupun Telah Bersolek? Ini Jawapannya…

Bolehkah Pengantin Perempuan Solat Walaupun Telah Bersolek? Ini Jawapannya…


Pengantin perempuan kebiasaannya aka
n mengenakan solekan ketika majlis walimatul urus bersama pasangan masing-masing.
Namun tatkala waktu Zuhur, mereka terpaksa menanggalkan solekan untuk berwuduk dan solat Zuhur, kemudian akan mekap semula untuk sesi fotografi seterusnya selepas Asar.
Dalam Islam, adakah rukhsah yang diberikan untuk pasangan pengantin ini supaya tetap menjaga solat mereka?
Sebelum menjawab soalan ini, perlu difahami bahawa solat merupakan satu ibadah yang menghubungkan hamba dengan Tuhan-Nya yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.






Solat merupakan tiang agama dan ALLAH SWT mencela orang-orang yang melalaikan dan bermalas-malasan dalam menunaikan solat.
Ia merupakan rukun Islam yang paling utama setelah dua kalimah syahadah.
Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (Surah An-Nisa:103)
Dalam urusan walimatul urus khususnya kepada pengantin perempuan atau ahli keluarga yang terlibat, hendaklah memahami bahawa segala aktiviti dalam perkara ini tidaklah termasuk dalam sesuatu urusan yang bersifat darurah (kesukaran yang mendesak) sehingga wujudnya hukum rukhsah sebagai maslahah (jalan keluar).
Ini kerana tidak terdapat masyaqah (kepayahan) yang terlalu mendesak sehingga boleh menyebabkan kematian atau sebagainya.
Walimatul urus tujuannya untuk ‘mengiklankan’ perkahwinan pasangan pengantin kepada jiran tetangga dan sanak saudara, di samping mengharapkan doa restu daripada mereka yang hadir sebagai tetamu.
Tidak sepatutnya majlis yang penuh kebaikan ini dicemari dengan perkara mungkar dan maksiat yang akan mengundang pula kemurkaan ALLAH SWT.
Bagi memudahkan urusan dan mengharapkan keberkatan dalam majlis yang diadakan, antara tip bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan yang boleh dilaksanakan:
Pertama: Berwuduk sebelum mekap. Jagalah wuduk sebaik mungkin dan titipkan pesanan kepada suami supaya aktiviti menyentuh dan disentuh tidak berlaku sehinggalah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH SWT terlebih dahulu.
Kedua: Mulakan majlis pengantin bertemu dengan tetamu (makan beradab) selepas masuknya waktu Zuhur.






Ketiga: Pesan kepada individu yang mengendalikan ‘PA system’ dan supaya menghormati azan yang berkumandang, jika menggunakan khidmat ini.
Keempat: Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh.
Kelima: Cari lokasi majlis yang berdekatan dengan surau/masjid.
Keenam: Tulislah pada kad jemputan dengan pesanan: ‘Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis’.







Perkahwinan yang ‘awesome’ adalah perkahwinan yang diberkati. Solatlah sebelum terlambat. Apa gunanya cantik, kacak dan ada majlis perkahwinan yang hebat, tetapi menjadi makhluk yang angkuh dan sombong kerana tidak mahu sujud kepada Yang Maha Esa!
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang




Related Post :