NAIKKAN SERI PENGANTIN DENGAN 5 CARA INI


Naikkan seri pengantin dengan 5 cara rahsia mudah dan berkesan

Naikkan Seri Pengantin Dengan 5 Cara Rahsia Mudah Dan Berkesan


Hari pernikahan adalah hari paling bersejarah untuk setiap wanita dan kenangan manis itu diabadikan melalui gambar atau video yang pasti mengimbau kenangan apabila ditatap atau ditonton semula untu itu tidak hairan setiap bakal raja sehari mahu kelihatan berseri, cantik dan anggun untuk dijadikan kenangan abadi.
Begitu juga dengan persiapan bakal pengantin, ada yang suka melakukan perawatan pengantin mengikut tradisi lama bermula dengan mandi bunga atau herba, hinggalah ke andaman pengantin cara lama. Namun ada yang selesa dengan cara ringkas mungkin kesempulannya mereka pasti memilih gaya mudah hanya ke salun.

Tidur secukupnya sekurang-kurangnya sehari sebelum atau seminggu sebelum majlis
Tidur yang cukup dapat membantu bakal pengantin merehatkan minda dan tekanan dalam menghadapi hari besarnya. Dengan minda yang lebih tenang, dapat membantu mengeluarkan aura seri pengantin. Selain itu, dapat mengelakkan atau mengurangkan hitam serta bengkak di bawah mata kerana tidak cukup tidur.
Rawatan muka serta badan terakhir seminggu sebelum hari besar
Pastikan rawatan ini dilakukan seminggu sebelum kerana mahu mengelakkan sebarang reaksi kulit yang mungkin timbul selepas rawatan muka atau badan.

Detoks  badan seminggu sebelum
Detox bagus untuk mengurangkan toksin dalam badan serta pengumpulan air berlebihan dalam badan yang akan membantu meringankan berat badan. Pembuangan toksin ini membantu menyerikan lagi kulit anda.
Membuang bulu roma wajah dan badan
Untuk kulit kelihatan lebih licin dan berseri, rawatan ‘waxing’ atau ‘threading’ boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari bersejarah anda. Threading sesuai untuk membuang roma di muka untuk menampakkan kulit kelihatan lebih cerah, licin dan berseri
Tentukan imej pengantin anda melalui persona personaliti anda
Imej diri atau bagaimana konsep solekan serta pakaian pengantin anda harus ditentukan sewaktu anda membuat perancangan perkahwinan anda. Ini penting agar personaliti anda menyerlah pada hari penting anda untuk anda berpuas hati dengan imej diri anda bagi membina keyakinan diri pada di hari bahagia anda.