Nak Bersanding kena bayar tol dulu, Adat kahwin orang Johor yang unik


‘Nak Bersanding, BAYAR TOL DAHULU,
Adat Bersanding Orang Johor Yang Unik
.
.
Majlis perkahwinan akan menjadi lebih seronok dan bermakna jika dihadiri dengan sanak saudara rapat, sahabat handai dan yang paling penting ialah keluarga. Jika dilakukan bersama-sama dari awal persiapan sehingga tamat majlis bukan sahaja mengeratkan semula tali silaturahim tapi ia juga sedikit sebanyak mengembalikan memori petua lama dan adat resam. 
.
.
Bukan apa, bila berkumpul ramai dengan nenek, makcik muncullah pantang larang yang sudah lapuk tidak didengar. Pasti ada yang tercengang bila kali pertama mendengar bukan? 



Kami ingin berkongsi tentang adat ‘meriah’ dari negeri Johor Darul Takzim iaitu adat tol ketika hari persandingan. Istimewanya adat ini ialah mengenakan bayaran untuk pengantin lelaki duduk bersanding dengan pengantin perempuannya. Pihak pengantin lelaki akan berarak sehingga kononnya ditahan oleh sanak saudara pihak perempuan daripada bertemu.
.
.
Jenis Tol 
Jadinya pihak lelaki harus menyiapkan sampul berisi wang untuk diberi setiap seorang penjaga tol. Kalau ada sepuluh orang yang menunggu memang nasiblah! Anda kena tahu akan terdapat empat jenis yang bersiap-sedia untuk menadah tangan:
.
.
 Tol masuk kawasan rumah
Biasanya dikawal rapat oleh keluarga lelaki pengantin perempuan seperti datuk, pakcik atau saudara lelaki.
.
.
Tol pintu atau tangga rumah
Tol kedua lebih kecoh dengan para kakak, makcik atau saudara perempuan. Memang tak menang tangan sebab biasanya para makcik-makcik lebih tegas dan ingin upah lebih banyak!
.
.
 Tol depan pelamin
Kalau si pengantin perempuan ramai anak buah memang kena persiapkan wang tol lebih banyak. Tol kedua terakhir ini dibarisi oleh kanak-kanak yang menunggu dihadapan atau bawah pelamin.
.

.
Tol mak andam
Kalau yang ini si pengantin lelaki kena simpan sampul khas kerana tol ini adalah tol yang lebih mahal dari biasa. Ia juga dikenali sebagai tol buka kipas dan sebab tol ini lebih bernilai sebagai sagu hati kepada mak andam yang bertungkus-lumus menyiapkan si pengantin wanita. 
.
.
Bagi kami kalau terkena dengan tol wang boleh tahan lagi tapi kalau kena dengan tol yang perlu berbalas pantun memang jenuh untuk menjawab. Dapat pula dengan saudara maisng-masing tidak tahu menahu tentang berpantun, tercenganglah sampai tidak bersanding.