Ikuti ‘Step’ Ini Untuk Cari Photographer Yang Boleh Hasilkan Gambar Anda Meletup
Anda nak bertunang atau berkahwin Dah ada photographer untuk majlis anda?
Susah tak nak cari photographer yang anda suka? Ada sesetengah orang memang cerewet. Bukannya apa, adakalanya sikap cerewet tu perlu ada juga terutama ketika mencari jurufoto dan video untuk majlis anda. Maklumlah, kita pastinya nak kan hasil yang cantik untuk kenangan kan.
Haaa.. tak perlu pening-pening lagi. Jom kami kongsikan bagaimana nak mencari jurufoto dan video terbaik untuk merakam momen indah anda.
Tips 1) Kualiti Gambar
Ini adalah aspek teramat penting sekali. Pastinya kita inginkan setiap momen dirakam sempurna melalui gambar mahupun video. Memori sepanjang zaman yang menjadi kenangan dan boleh ditunjukkan kepada anak cucu nanti.
Apabila kita melihat kembali gambar-gambar dalam album yang cantik dan sedap mata memandang. Dengan cara ini, kita akan berasa seronok dan teruja untuk mengimbau kembali kisah semasa jadi raja sehari dahulu.
Zaman sekrang terdapat ramai sangat photographer. Setiap photographer akan menghasilkan kualiti gambar yang berbeza mengikut kreativiti tersendiri. Ada yang bagus dan ada juga yang terlebih editing sehingga memudarkan keaslian sesuatu gambar itu.
Untuk majlis perkahwinan sebegini perlulah mencari photographer yang bagus dan paling penting mempunyai pengalaman. Jangan sesekali hanya melihat pada harga pakej murah yang ditawarkan. Tetapi lihatlah pada hasilnya. Kemudian, buatlah pilihan mengikut kesesuaian bajet anda.
Tips 2) Hubungan dengan jurugambar
Setiap pasangan pengantin perlulah membina hubungan baik dengan photographer. Maksudnya, semasa nak memilih seseorang photographer yang anda nak pilih tersebut bukanlah orang yang garang mahupun sombong. Kalau terpilih yang garang atau asyik nak ‘moody’ sahaja nanti tak pasal-pasal kena marah masa shooting sebab posing tak betul.
Jadi, pilihlah yang mudah mesra dan mudah untuk berkerjasama. Pilihlah photographer dikalangan seorang yang penyabar. Aspek ini nampak remeh, tetapi ianya penting agar kedua belah pihak berasa selesa. Kalau anda nak tahu kenapa sikap sabar sangat penting bagi photographer? Masa majlis perkahwinan, photographer perlu sentiasa fokus dan berfikir tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Biasalah, melayan karenah pelbagai jenis client ditambah berdiri di tengah panas pula (jika shooting diluar), faham-faham sahaja la…
Tips 3) Harga pakej ikut budget berpatutan dengan bajet
Masa nak kawin ni, duit keluar macam air. Jadi, masa nak pilih photographer tu pastikan budget anda tidaklah lari. Pilih pakej yang sesuai dengan anda. Jangan cari pasal dengan memilih pakej yang mahal kemudian anda juga yang pening kepala nak membayarnya.
Ada juga photographer yang berpengalaman yang menawarkan pakej ekonomi dan masih boleh berbincang untuk tawar menawar mengikut bajet anda. Yang penting, perbincangan yang tepat dan tidak ada sebarang ‘miscommunication’.
Tips 4) Kelengkapan yang photographer itu guna?
Ok…yang ni Jagan ‘call’ polis. Sebab senjata yang digunakan adalah tidak merbahaya kepada orang awam. Senjata yang dimaksudkan adalah kamera dan peralatan yang digunakan yang dapat membantu semasa proses mengambil gambar.
Jenis Kamera sangat penting. Photographer selalunya guna jenis SLR atau DSLR untuk mengambil gambar.
Anda tahu apa itu SLR dan DSLR? Ha.., ini adalah jenis kamera yang biasa digunakan. Alatan-alatan lain seperti flash, tripod, battery grip, reflector dan lain-lain yang akan memberi kesan kepada kualiti gambar. Walau sehebat mana pun photographer itu, dia tidak akan gunakan kamera yang comel dan kompak kerana hasil kualiti tidak menarik dan ianya hanya untuk kegunaan personal semata-mata.