PANTANG LARANG 'DARAH MANIS'




Apa itu ‘Darah Manis’? Ini 8 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apa Itu ‘Darah Manis’? Ini 8 Pantang Larang Bakal Pengantin


‘Darah Manis’ merupakan sebuah Simpulan Bahasa yang begitu sinonim dengan masyarakat melayu, lebih-lebih lagi pasangan yang sedang berada dalam fasa pertunangan.
Tapi apa sebenarnya maksud istilah ini? Darah Manis bermaksud ‘mudah mendapat bahaya atau kecederaan’.
Orang yang sedang dalam tempoh bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.



Ia adalah satu perumpamaan yang digunakan untuk memberi amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara yang berisiko dan berbahaya.
Sepanjang tempoh berdarah manis juga, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh bakal pengantin. Lihat 8 senarai di bawah:

1. Jangan keluar dengan pasangan sebelum bernikah

Pasangan dinasihatkan supaya tidak keluar bersama 40 hari sebelum tarikh diijabkabul bagi mengelakkan fitnah dan “cakap belakang” masyarakat. Juga lebih penting bertujuan untuk menjaga nafsu masing-masing.

Inilah masanya untuk terbitkan rasa rindu setelah sekian lama tidak berjumpa dan apabila harinya telah tiba, pasti akan tercetus rasa teruja bagi pasangan apabila bertemu kembali.

2. Elakkan minum soya dan makan timun

Dipercayai soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan pengambilan timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.



3. Jangan makan kepala ayam

Kenapa bakal pengantin dinasihatkan agar tak makan kepala ayam? Orang-orang tua dulu percaya kepala ayam boleh buat mengantuk kalau makan. Mereka juga percaya kalau pasangan pengantin makan kepala ayam, mereka akan mengantuk ketika bersanding nanti.

4. Kurangkan makan makanan laut

Walaupun kita tahu yang makanan laut memang sedap, dimasak pula secara kukus, panggang, goreng, dan lain-lain, namun makanan ini mengandungi kadar toksin yang tinggi.

Oleh itu, lebih elok buat pasangan yang akan berkahwin untuk elakkan pengambilan makanan laut yang berlebihan untuk terus kekal sihat.



5. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk

Katanya, makanan dan minuman yang sejuk perlu dielakkan agar muka tampak segar di hari bahagia nanti. Sama ada betul atau tidak, itu tak pasti lah pula.

Makanan atau minuman seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa adalah bersifat sejuk. Jadi, elakkan ya.

6. Jangan pakai seluar dalam ketat

Ehem, yang ini ditujukan khas kepada kaum Adam ya! Sejak dari dulu lagi pun, lelaki memang tak digalakkan untuk memakai seluar dalam ketat kerana tidak bagus untuk penghasilan sperma.


Selain itu, tidur meniarap pun tak bagus juga. Sebab utamanya adalah peredaran darah sekitar organ akan terganggu. Jadi, elakkan!

7. Amalkan pengambilan jamu

Maklumlah, siapa yang tak nak cantik pada hari perkahwinan, kan? Jadi kenalah amalkan pengambilan jamu agar kesihatan dan kecantikan terjaga rapi.

Bukan setakat luaran, kesihatan dalaman pun penting juga. Barulah boleh menambah kehangatan di malam pertama nanti. 



8. Jangan mandi malam

Secara harafiah, mandi malam sememangnya tidak berapa elok untuk sendi dan organ dalaman. Malah, doktor juga menasihatkan supaya tidak mandi malam, lebih-lebih lagi pukul 10 dan ke atas.
Jadi, bagi pasangan yang bakal berkahwin tidak lama lagi, haruslah pastikan diri sentiasa sihat dan jauh daripada sebarang penyakit


Related Post :
Pantang Larang Bakal Pengantin