Tips Pilih Kasut Kahwin


Tips Pilih Kasut Perkahwinan Sesuai Yang Buat Anda Kelihatan Persis ‘Princess’

Tips Pilih Kasut Perkahwinan Sesuai Yang Buat Anda Kelihatan Persis ‘Princess’


Memilih kasut pengantin yang sepadan dengan pakaian perkahwinan boleh menjadi satu urusan yang rumit dan memerlukan banyak pertimbangan. Kasut memainkan peranan yang penting juga dalam hari memastikan majlis perkahwinan anda sempurna.
Pertama sekali, anda perlu pilih kasut yang sesuai dan sepadan sempurna dengan baju pengantin anda. Kasut itu harus cukup selesa dipakai dan memberikan keselesaan kepada kaki anda sepanjang majlis perkahwinan termasuk sesi bergambar dan bertemu para tetamu.

Kredit: One Simple Gown

Bayangkan, pemilihan kasut yang tidak betul pasti membuatkan kaki anda sakit dan melecet. Pasti membantutkan kelancaran majlis sekaligus membuatkan mood anda potong.
Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda memilih kasut yang sesuai dan selesa untuk dipadankan dengan gaun pengantin anda.
Pilih kasut yang diperbuat dengan material yang berkualiti

Secara umumnya, ramai pengantin yang memilih kasut tumit tinggi (high heel). Walau bagaimanapun, jika anda mahu untuk mendapatkan sepasang kasut yang berlainan daripada kasut tradisional dan membuatkannya satu koleksi unik anda selepas perkahwinan, anda boleh memilih kasut yang berlainan juga dengan memastikan bahan yang diperbuat untuk kasut itu adalah berkualiti dan bermutu tinggi.
Memilih warna kasut pengantin untuk dipadankan dengan pakaian perkahwinan

Ia mungkin perlu bagi anda untuk membawa sampel kain bagi memudahkan anda untuk memastikan warna yang sepadan. Dalam kebanyakan kes, pengantin memilih warna asas seperti hitam, coklat, kelabu dan putih untuk dipadankan dengan tepat.
Selain itu, anda juga boleh memilih kasut yang berbeza dari warna baju pengantin anda tetapi yang harmoni dengan rona seperti emas atau perak. Di samping itu, anda juga boleh memilih hiasan kasut dengan perincian seperti manik, mutiara, swarzoski dan lace supaya melengkapkan penampilan anda secara keseluruhan.


Pilih kasut pengantin yang sesuai dengan anda

Kasut yang mempunyai perincian manik dan batu swarzoski kelihatan terlalu bersinar tidak begitu penting kerana keselesaan adalah yang lebih utama.
Anda hanya perlu memilih kasut bertumit tinggi jika anda telah biasa memakai kasut yang tinggi. Jika tidak, anda boleh membeli kasut bertumit tinggi beberapa bulan sebelum hari perkahwinan anda supaya kaki anda dapat menyesuaikan dengan kasut itu.
Jika anda seorang yang sememangnya seorang yang tidak biasa langsung bertumit tinggi, anda bolehlah menggayakan kasut bertumit wedges. Ini kerana kasut bertumit wedges lebih stabil dan seimbang.
Gaya kasut anda perlu Sepadan dengan majlis dan pakaian perkahwinan

Apabila memilih kasut perkahwinan, anda perlu mengambil kira agenda program majlis perkahwinan, gaya pakaian dan keluasan dewan yang diadakan. Sebagai contoh, adalah baik untuk anda memakai kasut yang diperbuat dari fabrik cotton ataupun baldu bagi memberi keselesaan kepada kaki. Selain itu, ianya juga mampu menyerap peluh.

Kredit: Paradox London

Ia adalah baik untuk memilih kasut perkahwinan yang sesuai dengan majlis anda

Kasut bertumit tinggi pasti bukan pilihan yang baik untuk laluan pejalan kaki bagi pengantin yang ingin melakukan sesi bergambar di batu dan pantai. Oleh itu, adalah penting bahawa sebelum memilih kasut, anda terlebih dahulu perlu mengambil kira tempat-tempat yang anda mungkin akan jejaki semasa dan selepas majlis berlangsung.
Memilih apa yang membuat pengantin kelihatan menawan

Jika pengantin perempuan lebih tinggi daripada pengantin lelaki, atau lebih pendek, jadi anda boleh mengambil kira dan menentukan jenis kasut yang dapat seimbangkan ketinggian untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.
Walau bagaimanapun, ia juga baik untuk memberi efek lengsing dan tinggi dari gambaran sebenar. Cuma dinasihatkan, carilah tumit kasut yang agak lebar sedikit dan tidak terlalu halus. Takut terpeleot diatas pelamin pula nanti. Terpaksa jadi pengantin viral..hehe

Oleh itu, jika anda ingin anda kelihatan dalam keadaan yang sempurna, pilih kasut perkahwinan yang tepat dan membantu anda tampil cantik. Pilihlah kasut perkahwinan dengan teliti dan anda akan mempunyai satu perkahwinan yang hebat.
Sama-sama kita SHARE kan agar manfaat pada orang lain..Ok