10 Idea Video Romantis Untuk Majlis Resepsi


10 Idea Lagu Romantis Untuk Video Majlis Resepsi

10 Idea Lagu Romantis Untuk Video Majlis Resepsi




Hidup di zaman ‘semuanya dihujung jari’ amat menyenangkan kita untuk menyelesaikan beberapa perkara. Termasuklah apabila ingin menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan. Dari hal hiasan kamar beradu hinggalah ke susunan meja makan beradab pengantin boleh dicari melalui internet. 
Sekarang anda boleh DIY untuk memilih sendiri pilihan lagu majlis anda dengan carian di youtube atau download sahaja melalui aplikasi muzik dan hanya perlu keluarkan kos membeli speaker audio.


Tak perlulah yang jenis profesional, cukup sahaja yang mampu mengeluarkan bunyi yang kuat dan tidak membingitkan. ‘Sesedap’ telinga anda dan tetamu untuk mendengar. Ini bagi anda yang betul betul serius mahu menjaga bajet kos majlis perkahwinan, tanpa perlu menyewa DJ majlis. Serius banyak anda boleh jimat dari situ.
Kami ingin berkongsi idea 10 seleksi lagu Malaysia dan Indonesia yang sesuai untuk majlis resepsi perkahwinan anda. Yang pasti, bait lirik lagu dari setiap pilihan berunsur romantik dan bergenre balada dan pop. Sesuai dijadikan semasa anda dan pasangan berjalan menuju ke pelamin atau semasa upacara memotong kek. So sweet!
Afgan feat Sheila Majid – Bawalah Cintaku


Jaz – Dari Mata


Liyana Jasmay – Cinta Bersatu


Pasha Feat Adel – Penghujung Cintaku


Sabhi Saddi Feat Marsha Milan – Cinta Sesungguhnya


Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita


Siti Nurhaliza Feat Cakra Khan – Seluruh Cinta


Anuar Zain – Sedetik Lebih


Bunga Citra Lestrai – Cinta Sejati


Kerispatih – Untuk Pertama Kali