6 Toksik Dalam Rumah Tangga Punca Rezeki Tersekat
Hidup rumah tangga sememangnya penuh onak dan ranjau. Jika tidak kuat, pasti terhenti di tengah jalan. Walau anda bercinta lama sekalipun, kehidupan akan berubah selepas kahwin. Dugaan dan cabaran juga tidak sama seperti anda masa bercinta.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri”
Itulah perumpaan yang sinonim dalam kehidupan suami isteri. Dalam sebuah perkahwinan, sikap toleransi perlu ada di kedua belah pihak. Lebih-lebih lagi soal kewangan dan kepercayaan yang menjadi topik perbalahan dalam rumah tangga.
Rezeki yang dikurniakan dalam rumah tangga bukanlah pada kewangan semata-mata. Namun, ianya lebih dari itum seperti rezeki kesihatan, rezeki zuriat, rezeki tempat tinggal.
Ada beberapa perkara yang membuatkan kehidupan rumah tangga menjadi goyah atau kacau di tengah jalan. Kebanyakkannya disebabkan 6 toksik atau vaksin yang dilihat remeh tapi mampu menjadikan hubungan suami isteri mengalami perceraian.
1) bergaduh hal remeh
Ramai pasangan yang suka berbalah atau bergaduh hal-hal yang remeh. Tahukah anda, sekecil kuman yang kerap kali menjadi topik perbalahan, pasti akan menjadi toksik besar meruntuhkan rumah tangga. Berbincanglah dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha, pasti ada rezeki yang tersekat
2) Tidak percaya pasangan
Nak bina kepercayaan suami isteri adalah keduanya perlu jujur. Namun, ada orang yang susah untuk mempercayai pasangannya. Suami atau isteri yang sering berprasangka buruk adalah toksik dalam rumah tangga.
3) Suka mengeluh
Kurangkan mengeluh dan selalu bersyukur apa sahaja rezeki yang diterima. Tidak kira kecil atau besar. Kadangkala, ada pasangan yang tidak seronok dengan apa sahaja rezeki yang dimiliki. Ada suami yang malu dengan bentuk fizikal isteri, ada yang malu dengan anak yang dilahirkan. Sehinggakan itu sering menjadi topik pergaduhan dan asyik merungut serta mengeluh. Dari sini, pasangan mula berasa bosan dan mula mencari kebahagiaan lain di luar.
4) Lebihkan kerja dari keluarga
Golongan seperti ini menjadikan alasan mencari rezeki untuk keluarga sebagai lesen besar untuk mementingkan kerja sedangkan isteri dan anak-anak dahagakan perhatian dari suami. Sibuk bekerja tidak menjadi isu jika anda pandai membahagikan masa. Kerapkan hubungi isteri dan anak-anak dirumah, sekurang-kurangnya mereka merasa anda masih memeberi perhatian untuk nya. Luangkan masa hujung bulan membawa keluarga makan diluar atau pergi bercuti untuk mengeratkan lagi kebahagiaan.
5) Kedekut
Jangan sesekali kedekut kepada isteri dan anak-anak. Perkahwinan adalah satu perkongsian. Menyalurkan sumber kewangan kepada keluarga mampu menambahkan lagi rezeki anda.
6) Pemarah dan baran
Ini adalah toksik paling besar dan ibarat racun yang tidak ada berkesudahan. Mana-mana isteri amat takut jika memiliki pasangan yang pemarah dan baran. Kepada suami yang memiliki sifat seperti ini, elakkan meninggi suara kepada isteri dan anak-anak. Kawal kemarahan anda dengan istighfar dan solat. Jika anda tidak mampu mengawalnya, dinasihatkan bertemu pakar kaunseling agar anda mendapat bimbingan yang betul. Percayalah, dua sifat ini adalah peruntuh rumah tangga paling tinggi di kalangan kita.