8 Idea Doorgift Pengantin Berbentuk Makanan Bawah RM2 Sahaja
Bila rancang nak buat majlis perkahwinan, item paling utama yang jadi bakal pengantin sakit kepala nak fikir adalah soal bajet. Maklumlah, macam-macam yang perlu difikirkan dari duit hantaran sehinggalah doorgift untuk tetamu.
Ditambah lagi, zaman semua benda dah naik harga. Memang pening kepala si pengantin nak fikir cara mengurangkan bajet. Jangan risau, gunakan kreativiti anda semampu boleh.
Soal doorgift untuk tetamu, anda boleh kecilkan bajet jika anda boleh fikirkan idea yang menarik dan lain dari yang lain. Tak perlu doorgift yang mahal, yang murah pun boleh asalkan anda berjaya transformkan ia menjadi sesuatu tang sentimental.
Bagi anda yang merancang nak beri doorgift berbentuk makanan, banyak idea sebenarnya yang kita boleh dapat hanya dengan bajet serendah RM2 sahaja.
Jom kami kongsikan apa yang boleh dijadikan doorgift makanan tetapi dengan bajet yang kecil.
Bahulu – RM1.50
Muffin – RM0.80
Pop corn – RM1
Kerepek – RM1
Biskut – RM1.30
Potongan kek – RM1
Epal – RM1.20
Kacang – RM1.30