Nilai duit Hantaran mengikut kelulusan akademik



Perlu ke nilai wang hantaran mengikut kelulusan akademik pengantin perempuan?

Perlu Ke Nilai Wang Hantaran Mengikut Kelulusan Akademik Pengantin Perempuan?


Wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara yang berbeza. Namun, masih ramai yang keliru dan ada juga sampai bertekak kerana terlalu banyak duit yang perlu diperuntukkan untuk nikah kahwin.
Biasalah, bila masuk hal wang ringgit memang akan bergaduh dan bertengkar. Masing-masing nak menegakkan pendapat sendiri. Malah lebih mengejutkan, ada sesetengah pendapat yang menganggap kedua-duanya sama wajib disisi agama. Alamak…silap besar tu!


Kredit: bdadari.my

Berapa nilai hantaran?

Isu berapa nilai wang hantaran ni memang tak pernah habis. Ada juga ibu bapa awal-awal lagi dah tetapkan nilai wang hantaran untuk si anak dara mereka. Maka, mulalah perdebatan mengatakan si ibu bapa tadi seolah-olah ingin menjual anak. Isk..isk..tak kan la macam tu kan.
Ada juga dah buat penepatan jumlah nilai wang hantaran anak perempuan berdasarkan kelulusan akademik masing-masing.  Ada laporan mengatakan bahawa nilai hantaran seorang wanita berkelulusan Ijazah Sarjana Muda boleh mencecah sehingga RM50,000. Jumlah wang hantaran bagi mereka yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) adalah antara RM20,000 hingga RM30,000, Ijazah Sarjana antara RM15,000 hingga RM20,000, Ijazah Sarjana Muda RM12,000 hingga RM15,000, Diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara RM8,000 hingga RM12,000, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), RM4,000 hingga RM8,000 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah adalah RM2,000 hingga RM4,000.
Alamak…tinggi sangat ni. Mampu ke si pengantin lelaki menyediakan seperti apa yang diminta? Jangan sampai berhutang pula sudahlah ye. Merana badan nak membayarnya.


Kredit: says.com

Nilai RM20,000 hingga RM30,000 mungkin kecil bagi sebilangan orang tetapi ia sangat tinggi kepada sebahagian kita terutama golongan lelaki yang baru bekerja. Bayangkan jika seorang graduan lelaki yang tamat dengan Ijazah Sarjana Muda bekerja dengan gaji bersih termasuk elaun sebanyak RM2,500 dan merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya. Berapa ringgit sebulan yang perlu disimpan oleh lelaki tersebut dalam tempoh setahun jika hantarannya RM15,000?
Nilai hantaran yang tinggi ini boleh mengakibatkan golongan lelaki yang baru bekerja untuk membuat pinjaman peribadi. Justeru, tidak mustahil satu pertiga daripada sejumlah 85,338 individu yang diisytihar muflis semenjak 2013 hingga 2019 melibatkan golongan muda berusia bawah 34 tahun. Keghairahan mempamerkan kemewahan maj­lis perkahwinan di media sosial dengan pelbagai tema dan konsep mungkin menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan wang hantaran. Tidak dapat disangkal kos bagi menguruskan majlis perkahwinan bukanlah sedikit, namun perkara ini boleh dielakkan jika kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat majlis secara ala kadar sahaja.


Kredit: terkinipasti.blogspot

Berpada-padalah…

Jadi, kepada keluarga pengantin perempuan, berpada-padalah dalam menentukan nilai wang hantaran bagi anak anda. Janganlah melaetakkan nilai yang tinggi sehingga membebankan pihak lelaki. Permudahkanlah urusan pernikahan bagi mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku.
Jangan disebakan semata-mata mengikut rentak anda yang inginkan wang hantaran tinggi, maka pihak lelaki berhutang dan ini akan memburukkan lagi kehidupan mereka selepas berkahwin. Yang penting adalah kehidupan selepas berkahwin bukannya gah pada majlis yang diadakan.
Renung-renungkan…