Tutorial: Tak Perlu Upah Orang, DIY Sahaja ‘Hidden Hantaran’ Untuk Jimat Bajet
Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang kita ini, asal tentang hantaran mesti hendak beli barang-barang yang mewah. maklumlah, hanya sekali seumur hidup. Jadi, terpaksalah ‘bajet’ untuk mengubah hantaran itu tadi dikurangkan.
Apa yang menimbulkan masalah adalah, untuk mengupah orang membuat hantaran ini bukannya murah, adakalanya si pengubah akan meletakkan caj tinggi dari RM80 hingga RM100 untuk satu dulang. Mana pula kita hendak mencari wang andainya sudah terlanjur membeli barang hantaran idaman yang bukan calang-calang jenamanya.
Memang mengeluh bila mengenangkan nak bayar itu ini. Jika tak kuat, ikatan yang bakal menuju ke jinjang pelamin putus ditengah jalan. Isk, berdoalah agar terus kuat dan tidak berlaku perkara yang buruk ok.
Jadi, disinilah anda perlu bijak mengatur dan merancang bagaimana caranya untuk mengurangkan belanja perkahwinan. Caranya mudah sahaja, DIY la
Zaman sekarang memang menjadi trend ‘hidden hantaran’ untuk pengantin. Bagus juga, tak perlu orang tahu apa isi hantaran yang diberi. Semuanya menjadi rahsia antara pengantin dan keluarga sahaja. Kuranglah sikit orang nak membawang kan…
Jom kita tengok tutorial buat hidden hantaran. Jadi, anda bolehlah buat sendiri. Tak perlu membazir untuk upah orang melainkan jika anda ada bajet besar untuk upah orang.
Selamat mencuba!