Idea Menarik untuk ambil gambar baju pengantin




11 Idea menarik untuk ambil gambar baju pengantin yang ‘ummph’

11 Idea Menarik Untuk Ambil Gambar Baju Pengantin Yang ‘Ummph’


Tema perkahwinan tradisional ala diraja, majlis persandingan di restoran serba sederhana tetapi meriah, aneka juadah yang mampu mengenyangkan tetamu, goodies disukai ramai bahkan gaun pengantin idaman yang diimpikan sejak di bangku remaja lagi.

Bila bercakap bab gaun pengantin, setiap daripada kita ada favourite masing-masing. Sebagai contoh tradisional songket, fabrik lace bagaikan Kate Middleton, cinderella ala Anzalna Nasir atau mungkin juga serba ringkas Meghan Markle.




Dan memandangkan kita hanya akan memakainya sekali seumur hidup, confirm kita mahu mendapatkan shot terbaik untuk setiap sudut gambar wedding dress bagi mencipta kenangan terindah.

Untuk memudahkan anda semua, nah kami kongsikan caranya…

1) Tergantung Indah



Snap gambar gaun kahwin anda yang sedang tergantung sebelum anda memakainya. Ini untuk mempamerkan siluet dan struktur dalam bentuk paling raw.

2) Bersiap Sedia
Sebelum anda mahu melangkah keluar dari bilik, snap satu gambar di beberapa minit terakhir. Ini sebagai menghargai masa anda bersama mak andam atau si pengapit yang bertungkus lumus menyiapkan hari bahagia anda.

3) Perincian Sulaman



Close-up shot untuk setiap perincian busana pengantin bagi mempamerkan keindahannya. Mungkin pada butang di pergelangan tangan, sulaman halus renda, ropol di bahagian leher atau hijab comel menutupi kepala.

4) Dari Belakang
Kebanyakan gambar anda hanya mempamerkan bahagian depan sahaja – jangan lupa untuk melihat pandangan 360 darjah pula, mana tahu ada elemen kejutan.



5) Secara Spontan
Spontan di sini bermaksud ketika anda sedang berjalan ke pelamin atau sedang bermain-main dengan kain – orang kata candid shot yang menunjukkan momen paling gembira dan bahagia kamu.

6) Gaya Editorial
Editorial lagaknya ala-ala gambar majalah. Gambar sebegini sesuai sangat digantung di bilik atau nak glamor di ruang tamu.




7) Train Shot
Jika wedding dress anda mempunyai deretan kain yang berjeler panjang bak kerata api, train shot patut dicuba. Ini untuk menunjukkan aspek paling menakjubkan bahkan menyerlahkan busana indah.

8) Sepatu
Wedding dress anda mungkin adalah highlight, tapi tak salah nak tunjukkan sepatu putih krim yang cantik itu. Tayangkan sedikit dengan cara mengangkat kain untuk nampak manis dan menggoda dalam gambar.




9) Duduk Tersipu Malu
Ala-ala gadis melayu lagaknya. Dengan wajah tersipu malu dan manis menghala ke bawah. Shot sebegini transform diri anda menjadi puteri dongeng juga.

10) Romantis Bersama Si Dia
Tiada yang lebih bahagia bila di samping insan tercinta – ya suami anda. Anda boleh mengambil gambar busana dalam pelukan si dia, kalau boleh biarkan spontan dan tidak scripted.




11) Bersama Pengapit
Sesudah majlis, snap gambar saat menggembirakan anda bersama si gadis pengiring yang setia di samping dari mula majlis ke akhir. Inilah masanya anda nak tunjukkan gambar penuh wedding dress dan rakan-rakan bridesmaid yang sakan melaram.