Hanya Modal RM3, Anda Boleh DIY Inai Yang Lebih Cantik
Benda boleh DIY, buat apa membazir beli. Betul tak?
Kalau nak beli inai yang dah siap memang tak cukup 1 tiub untuk 20 jari tangan dan kaki kita. Kalau satu tiub berharga RM5 kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 tiub untuk melengkapkan kesemua inai di jari tangan dan kaki termasuk lukisan kerawang yang sarat. Sedangkan jika kita buat sendiri, kos tak sampai RM3 pun. Tak perlu membazir pun…
Kebiasaanya iani yang dibuat sendiri lebih berkualiti dari segi kepekatan warnanya dan dijamin selamat kerana tiada sebarang campuran kandungan merbahaya.
Jom kami tunjukkan kepada anda macam mana nak buat inai DIY.
Bahan asas yang diperlukan:
1) Kapur sirih
Bahan ni adalah yang paling wajib ada. Jika tiada maka warna inai anda tadi tidak akan terserap. Ambil secubit sahaja untuk dicampurkan dengan bahan lain. Jangan ambil banyak nanti tak pasal-pasal panas seluruh jari jemari yang molek tu.
2) Sabun mandi jenis ketul
Hanya ambil sebesar 2 cm sahaja. Kalau nak guna sabun axion jenis ketul pun boleh. Yang penting jenis sabun ketul tau. Jangan guna sabun cecair.
Kemudian hiris sabun tadi halus-halus supaya mudah larut.
3) Pewarna merah (pewarna makanan)
Ha! pastikan anda guna pewarna makanan warna ceri merah. Janganlah pula ada yang gunakan water color. Nanti warna inai tak seperti diharapkan pula.
Cara-caranya:
- Campur kesemua 3 asas bahan tadi sehingga sebati. Jangan campur air tau. Adjust pewarna tadi ikut kepekatan yang anda suka. Kemudian sapukan pada kuku dengan rata dan seimbang supaya warna inai sekata.
- Biarkan 20-30 minit sehingga kering kemudian bilas dengan bersih.
- Tadaaa…siap. Anda boleh lihat sendiri hasilnya memang cantik.
Related Post :
Nak Inai Tahan Lama : Ini Tipsnya