Reka Bentuk Pelamin Simple Dengan Bajet Sederhana Tapi Nampak Macam Stail ‘Have-Have’
Setiap pasangan yang merancang menamatkan zaman bujang pasti sudah ada majlis idaman yang diimpikan. Maklumlah perkara yang berlaku sekali seumur hidup, pasti ada yang tidak kisah mengeluarkan belanja besar asalkan majlis yang diimpikan menjadi kenyataan.
Tetapi, adakalanya tak semua dari kita mampu berbelanja besar atas sebab komitmen yang perlu dipikul. Ada juga sestengahnya yang lebih mementingkan penjimatan untuk memluakan kehidupan selepas berkahwin. Terpulanglah, jika anda ada kemampuan tak salah berbelanja besar.
Normal setiap manusia inginkan hari bahagia yang serba gah. Tetapi kekangan kewangan membataskan impian seseorang. Bauyangkan jika harga sewa pelamin sahaja cecah lebih RM2000. Alamat garu kepala la bakal pengantin.
Tapi, jangan risau. Anda masih boleh dapatkan pakej pelamin pada harga bajet sekitar RM300 sahaja. Anda boleh buat carian di google atau bertanyakan kepada butik-butik perkahwinan. Pasti mereka ada menawarkan pakej pelamin bajet sesuai dengan peruntukan anda.
Jom kami share idea pelamin on budget tetapi nampak macam stail have-have…