Usia 25 Hingga 32 Tahun Adalah Waktu Sesuai Berkahwin. Ini 5 Sebab Anda Patut Tahu
Bila menjangkau usia 23 tahun keatas, kebiasaanya soalan bila nak kahwin akan ditanya dari sehari ke sehari. Paling menjengkelkan, apabila berjumpa sanak saudara yang jenis busy body nak tahu.
Ini adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Kadang-kadang tu rasa dah penat nak menjawab soalan cliche ni.
Kajian ini dijalankan oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, dan diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian, mereka yang telah berkahwin antara umur 25 dan 32 tahun paling sedikit bercerai.
Wolfinger menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga 2011-2013. Beliau menemui “bell curve” terbalik.
“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.
“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”
Bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5%. Ini bermakna anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.
Namun begitu, ramai mengatakan umur paling sesuai untuk berkahwin adalah sekitar 25 tahun hingga 32 tahun.
Kami kongsikan 5 sebab mengapa umur sebegini adalah sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
Usia matang
Pada usia sebegini adalah paling tepat setiap orang mencari hala tuju hidup. Namun, jika berkahwin pada usia ini, kita akan lebih mudah belajar tentang kehidupan dan tanggung jawab. Malah perkahwinan akan mematangkan anda secara semulajadi.
Bimbing satu sama lain
Jika yang bujang masih leka dengan keseronokan, lain pula bagi yang dah berkahwin kerana mereka akan lebih menggunakan setiap saat bersama dalam proses membimbing antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, setiap dugaan yang dihadapi akan dijadikan sebagai modul pengajaran dalam kehidupan suami isteri.
Elak dosa
Perkahwinan di usia muda sekaligus dapat mengelak kita dari leka membuat dosa yang menjurus kepada maksiat atau kelalaian hidup. Apabila telah berumah tangga, fokus utama adalah tanggung jawab dan membentuk nilai kekeluargaan.
Waktu subur
Kajian perubatan mengatakan waktu usia 25 tahun adalah waktu paling ideal bagi tahap kesuburan seorang manusia. Maka berkahwinlah dalam jangka usia ini untuk melahirkan zuriat yang sihat.
Nikmati bahagia perkahwinan
Berkahwin di usia muda dapat membawa anda menikmati pengalaman pasangan bercinta tetapi sebagai pasangan yang halal. Kemana sahaja akan berteman dengan isteri mahupun suami tanpa perlu risau.