Kalau Nak Bahagia, Jangan Kawan Dengan Orang-Orang Negatif
Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian? Haaa… yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba ‘masuk’ konon nak menyelamatkan lah.
Tetapi tanpa sedar dia sebar aura negatif dengan main perli-perli. Hah, itu yang jenis dengar sebelah pihak. Maka terjadilah gosip macam ‘mak cik bawang’. Allahu… betapa buruknya sikap orang negatif. Nak semak sikap negatif lain yang mungkin wujud dalam orang sekeliling kita, jemput baca perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad. Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.
1. Manipulator
Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia dan sebaginya. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.
2. Gossiper
Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.
3. Blammer
Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.
4. Complainer
Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas. Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.
Sumber : Apakes