Tips pilih Pelamin yang cantik


Tips pilih design pelamin yang ramai tak tahu

Tips Pilih Design Pelamin Yang Ramai Tak Tahu


Setiap pasangan yang merancang menamatkan zaman bujang pasti sudah ada majlis idaman yang diimpikan. Maklumlah perkara yang berlaku sekali seumur hidup, pasti ada yang tidak kisah mengeluarkan belanja besar asalkan majlis yang diimpikan menjadi kenyataan.
Di zaman semua benda naik harga, tentu ada sesetengan bakal pengantin mula pening kepala melihatkan harga pakej perkahwinan yang tinggi. Mana taknya, belum lagi pakej katering, belanja hantaran, barang kemas dan sebagainya.



Normal setiap manusia inginkan hari bahagia yang serba gah. Tetapi kekangan kewangan membataskan impian seseorang. Bauyangkan jika harga sewa pelamin sahaja cecah lebih RM2000. Alamat garu kepala la bakal pengantin.
Apabila tibanya majlis perkahwinan, mesti ramai tetamu ternanti-nanti untuk melihat pengantin bersanding atas pelamin. Dari situ pasti banyak mata-mata yang meliar melihat busana dan pelamin yang cantik.
Dalam memilih pelamin, ada beberapa tips yang anda perlu ambil kira. Antaranya:

1) Konsep dan tema

Pastikan pemilihan busana dan pelamin adalah sedondon. Namun, pemilihan kontra warna amat penting disini. Jika anda memilih busana songket, pastikan pilih konsep pelamin yang bercirikan tradisional ataupun mempunyai sedikit elemen tradisi. Jika anda memilih busana moden, pelamin berkonsepkan englisha dan bunga-bungaan adalah sesuai.



Contoh busana tradisional (songket) dan pelamin konsep yang sama.



Contoh yang salah, busana songket tapi pelamin lebih kepada english style.

2) Tidak mencampurkan banyak warna



Oh..serabutnya melihat pelamin yang terlalu banyak warna. Tak tahu apa yang ingin difokuskan. Nampak cacamerba dan fancy. Dalam pemilihan warna pelamin cukuplah ianya tidak melebihi dua ton warna.

3) Perlu ada karpet jenis ini



Anda boleh tahu bridal tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda.

4) Saiz kerusi




Elakkan memilih kerusi besar seperti ini



Pemilihan kerusi yang simple dan mempunyai penyandar rendah ini akan menaikkan pengantin
Pilihlah kerusi yang simple dan mudah untuk digunakan. Elakkan kerusi yang lebih besar dan tinggi dari anda. Ini kerana, didalam gambar akan nampak kerusi sahaja, pengantin pula tenggelam. Aduh…buat spoil gambar je.